Rabu, 25 Ogos 2010

ulasan tentang filem kecoh betul

Plot dalam sedutan filem kecoh betul...
kecoh betul merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Cerita ini mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.
Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokkan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokkan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang ringgit. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil estacy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana. Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.
Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?
Seterusnya melalui teknik penulisan ulasan filem bagi penghakisan. Saya berpendapat filem ini agak menarik disamping terdapatnya unsur-unsur pedoman dan iktibar yang kita boleh ambil dari filem ini. Sebagai contoh, gara-gara mereka meminjam wang dari Ah Long hidup mereka berada dalam keadaan tidak tenteram. Pengarah filem ini juga sempat meletakkan bibit-bibit percintaan antara Aiman dan Dayana. Turut tidak ketinggalan beberapa aksi lucu dalam filem Kecoh Betol. Untuk memberi kepuasan kepada anda.......Tontonlah filem ini. Anda dijamin 'Kecoh Betol' ketika melihat agenda menarik filem ini.

Khamis, 12 Ogos 2010

Aku insan yang berdosa

Tuhanku
Aku mahu berbicara
Dengan suara yang paling halus
Mengaku diriku terlalu berdosa pada-Mu

Tuhanku
Tidak terkira besarnya dosaku ini
Siang malam hambamu berada dalam kejahilan
Kejahilan kerana malu bertaubat pada-Mu

Tuhanku
Ke mana arahku ingin ku tuju
Ke mana dosaku ingin ku tempatkan
Hamba-Mu tidak mampu
Menahan siksa terhimpit

Tuhanku
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus
Tunjukkan aku jalan itu
Sebagaimana Engkau memberi jalan
Jalan kepada insan terdahulu

Tuhanku
Hambamu ingin bertaubat
Ingin kembali ke pangkuan-Mu
Terimalah taubatku
Agar hamba-Mu pulang ke jalan
Yang diredhai oleh-Mu



Ciri-ciri penulisan kreatif

(1) Bernada puitis
-Dengan suara yang paling halus

(2) Memilih diksi secara berhati-hati
- Bimbinglah aku ke jalan yang lurus

(3) Menggunakan ragam aktif
-Tuhanku

(4) Bersifat komunitif
-Tunjukkan aku jalan itu

(5) Bersifat ketaksaan
-Menahan siksa terhimpit