Jumaat, 15 Oktober 2010

TUGASAN TERAKHIR BLOG EN.NASROL HADI

Ayat tesis :

Tesis terlalu umum (TTU) :

Fenomena ' the angry young man ' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.

Tesis terbatas (TT) :

Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.

Ayat topik :

Ayat topik boleh diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam perenggan.

perenggan deduktif :

Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Selapas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.

Perenggan induktif :

Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti ini menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

Perenggan deduktif kompleks :

Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi. Negara kita tidak terlepas dari situasi ini. Dalam konteks ini, kewujudan pelajar yang lantang bersuara memang tidak dinafikan.

Perenggan pengenalan :

Contoh : Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku di mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

perenggan penutup :

Tiada contoh :

Perenggan transisi :

Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan.

Perenggan dialog :

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Muhamad Khaled Nordin, perlaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan...

Ciri perenggan yang baik :

1. Kejelasan : Sebanyak 13 kerusi yang dipertandingkan iaitu lima kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.
2. kesatuan : Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kepada ahli MPP yang berjaya pikullah tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya manakala bagi pelajar yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebaikan pelajar...

Teknik menstruktur idea :

1. perbandingan : 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah.
2. fungsi : MPP berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan pelajar yang lain.
3. teknik petikan : Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. " saya pasti label ini wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu...

Rabu, 25 Ogos 2010

ulasan tentang filem kecoh betul

Plot dalam sedutan filem kecoh betul...
kecoh betul merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Cerita ini mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.
Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokkan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokkan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang ringgit. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil estacy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana. Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.
Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?
Seterusnya melalui teknik penulisan ulasan filem bagi penghakisan. Saya berpendapat filem ini agak menarik disamping terdapatnya unsur-unsur pedoman dan iktibar yang kita boleh ambil dari filem ini. Sebagai contoh, gara-gara mereka meminjam wang dari Ah Long hidup mereka berada dalam keadaan tidak tenteram. Pengarah filem ini juga sempat meletakkan bibit-bibit percintaan antara Aiman dan Dayana. Turut tidak ketinggalan beberapa aksi lucu dalam filem Kecoh Betol. Untuk memberi kepuasan kepada anda.......Tontonlah filem ini. Anda dijamin 'Kecoh Betol' ketika melihat agenda menarik filem ini.

Khamis, 12 Ogos 2010

Aku insan yang berdosa

Tuhanku
Aku mahu berbicara
Dengan suara yang paling halus
Mengaku diriku terlalu berdosa pada-Mu

Tuhanku
Tidak terkira besarnya dosaku ini
Siang malam hambamu berada dalam kejahilan
Kejahilan kerana malu bertaubat pada-Mu

Tuhanku
Ke mana arahku ingin ku tuju
Ke mana dosaku ingin ku tempatkan
Hamba-Mu tidak mampu
Menahan siksa terhimpit

Tuhanku
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus
Tunjukkan aku jalan itu
Sebagaimana Engkau memberi jalan
Jalan kepada insan terdahulu

Tuhanku
Hambamu ingin bertaubat
Ingin kembali ke pangkuan-Mu
Terimalah taubatku
Agar hamba-Mu pulang ke jalan
Yang diredhai oleh-Mu



Ciri-ciri penulisan kreatif

(1) Bernada puitis
-Dengan suara yang paling halus

(2) Memilih diksi secara berhati-hati
- Bimbinglah aku ke jalan yang lurus

(3) Menggunakan ragam aktif
-Tuhanku

(4) Bersifat komunitif
-Tunjukkan aku jalan itu

(5) Bersifat ketaksaan
-Menahan siksa terhimpit

Rabu, 14 Julai 2010